Sunday, September 12, 2010

Perjalanan seni bermula.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca sekalian.
Ini bukanlah kali pertama saya menulis blog. Juga bukan kali pertama saya menggunakan internet. Tetapi, inilah kali pertama saya, membiarkan jari-jemari ini menari diatas papan kekunci sambil memijak 'lantai' huruf yang betul untuk menjadikan seni tarian tadi sebagai satu ayat yang gramatis. Hingga, terjadilah satu himpunan, ayat-ayat tadi bergelar cerpen. Atau tahap yang lebih tinggi lagi iaitu 'Novel'.